Dunia ini persinggahan... Dan segala apa yang ada di dalamnya juga bersifat sementara... Sedangkan yang kekal abadi itu hanyalah Maha Pencipta... Maka, segala apa yang saya kongsikan di sini hanyalah sekadar coretan... Sebagai kenangan masa hadapan buat diri saya sendiri...

Sunah Suka Sakura dot com

1:39 PM | Author: Sunah Sakura

Mulan oo Mulan!

Pelik bebenor tabiat nkoo akhir-akhir ni!

Eh, bukan ke sejak dulu lagi dia suka main lalat?

Nampak lalat je terus nak kejar.

Dapur tu tak meriah kalo takde Mulan main kejar-kejar. =.="


Jenuh cakap kat dia, nak buat apa kalau dapat pun lalat tu?

Bila dia da dapat sekor, hambikk!

Dia telan rupanya lalat tu... =.="

Sedap ke?
Category: | Leave a comment
1:36 PM | Author: Sunah Sakura

Ingat tak gambar ni pernah dimasukkan kat blog ni dulu?

Masa tu Mulan kecik lagi, dan tu hari-hari terawal Mulan duduk kat rumah ni.

Nakal kemain panjat ampaian, sampai tak nak turun.

Kita yang kena turunkan dia.

Tapi tak sampai situ ajeee!

Jangan ingat masa kecik aje Mulan suka main kat ampaian...

Da besar ni haaaaaaaaa....


Kita boleh bagi upah dia jaga ampaian kat rumah.

Kalo hujan, kang dia tolong angkat kain!

=.="
Category: | Leave a comment
12:02 AM | Author: Sunah Sakura

Budak kecik yang dulu tu, da besar sikit sekarang ni. Mulan da macam matang sikit kunun. Da tak gigit-gigit orang macam dulu da. Yang paling best, bila saya panggil je, mesti dia menyahut. Comel sangatttt!

Ekor dia da makin kembang, baru-baru ni cek google jugak nak tahu spesies budak ni. Saya rasa...saya rasa lah kan, Mulan ni spesies cross breed Maine Coon. Mungkin ayah Mulan Maine Coon, sebab mak dia kucing biasa je. Tapi tak bawak jumpa vet pun lagi Mulan ni sejak dulu. Entah bila nak bawak tak tau lah.

Sejak Cici takde, Mulan da takde kawan main. Tapi ade jiran sebelah yang baru pindah, ada kucing gak. So, tu la teman Mulan sekarang ni. Cumanyaaaaaaaa saya tak berapa suka sebab kucing jantan tu macam nak ngorat Mulan lak.

Mulan kan kecik lagi!!!
Category: | Leave a comment
8:43 PM | Author: Sunah Sakura

Ini Mulan, anak kucing baru rumah kami.

Mulan semakin hari semakin nakal. Sangat-sangat hyperaktif. Kadang sampai sangat lelah dan penat mengejar Mulan ke sana-sini. Semakin dikejar, semakin dia melarikan diri. Kalau main dengan Mulan, dia suka nak aim tangan dengan kaki kita. Maka, bersedialah untuk dicakar satu badan. Lengan dan kaki ni pun da penuh berbirat, luka kat sana-sini sebab Mulan yang nakal ni. =.=


Kadang-kadang dia panjat ampaian, main atas ampaian sampai tak reti nak turun balik. =.=


Kadang-kadang dia kacau kita baca buku, datang main masa kita nak siapkan kerja-kerja kat meja study. =.=


Kadang-kadang Mulan main minyak wangi sampai tertidur. =.=

Dia suka menyelongkar barang-barang yang ada kat atas meja study. Terutama meja housemate yang penuh dengan perkakas yang sukar dikenal-pasti. Sampai berterabur semua benda. Nak marah, pukul semua, bukan dia faham. Takde maknanya, tak makan dek pukul lah! =.=

Sekarang ni Mulan da berani keluar rumah. Tapi dia tak gi jauh sangat, setakat kat depan pintu tu je. Nakalnya Mulan berlari & melompat ke sana-sini sampai kadang-kadang, kita rasa nak suruh dia tidur. Bila dia da tidur, rasa aman dunia. Muahaha~ Tapi bila dia tidur, kita rasa rindu pulak nak main dengan dia, kacau dia tidur pulak!!! *balas dendam* Hahaha~

Tapi tapi tapi~~~ Kalau kita kacau dia tidur, habis lah... Dia gigit semua tangan, cakar lengan sampai luka berdarah-darah. Erm... Walaupun da berbirat berparut semua luka ni, tetap gak sayang Mulan~ Heee... :')
Category: | Leave a comment
11:22 PM | Author: Sunah Sakura

Hari tu...

Alhamdulillah... Sempat jenguk Tinny sekejap. Sesuatu yang tak dijangka. Dan tak pernah terfikir akan berlaku sejauh tu. Tapi rancangan Allah kan, siapa tahu. Kita sebagai hamba pun tak tahu apa yang Allah aturkan untuk kita di masa depan kelak.

Masa sampai tu, Tinny tengah tidur. Tammy yang mula-mula menyambut kedatangan saya. Berusaha betul-betul dia memanjat tingkap. Tertanya-tanya juga saya, budak-budak ni memang pandai panjat tingkat ke? Tapi hari tu, diorang da tunjukkan pada saya, memang diorang pandai panjat tingkap. Cuma, gambar Tammy saya tak sempat amek.

Nakal betul Tammy tu, da dapat keluar rumah, berlari ke sana ke mari. Penat jugak mengejar takut terlepas atau terjatuh kat mana-mana. Kadang-kadang dengar bunyi gril pintu rumah orang lain, Tammy jadi takut, terus panjat gril rumah sendiri. Tapi saya amek balik, masukkan ikut tingkap. =.=

Tinny pulak, bila nampak Tammy da panjat tingkap, dia pun nak join jugak. Sambil ngiau-ngiau. Ape lagi, tak sedar badan tu besar dari Tammy, nak jugak loloskan diri ikut tingkap. Akhirnya bertemu jugak kami. Alhamdulillah...


Sempat dia baringkan diri dalam pangkuan sekejap. Rindunya pada dia. Mata dia cantik sangat. Tak sangka mata dia jadi secantik tu. Dulu masa kecik-kecik tak perasan pun warna mata dia unik macam tu. Siyes, Maha Suci Allah yang bagi Tinny mata secantik tu. :')

Yang lagi sekor tu, entah nape saya rasa agak kekok dengan dia. Tizzy. Rasa asing. Entah. Dia bangun jugak, cuma dia tak pandai panjat tingkap. Dia bangun masa da lambat sikit. Nampak dia berjalan terkedek-kedek je, tak berpeluang nak peluk dia. Tak pe lah, asalkan dapat peluk Tinny & Tammy... :)

Lepas ni diorang nak pindah lagi... Moga tuan baru tu jaga diorang elok-elok nanti... Ameen...
Category: | Leave a comment
10:29 PM | Author: Sunah Sakura

Chiko da bunting.
Perut da makin boyot.
Anak sape?
Anak Belang la.


Dalam bunting-bunting tu, Cici duk suh Chiko baca buku Manisnya Kurma Ini.
Konon-konon nak Chiko belajar ilmu rumahtangga. =.=


Tapi Chiko takmo.
Chiko lagi suka orang lain bacakan al-Quran untuk baby dalam perut dia.
Sweetnya Chiko ni. ^_^


Cici macam biasalah, dah penat ajak baca buku, tapi Chiko buat dek aje, dia pun pi tido. =.=
12:07 PM | Author: Sunah Sakura

Cici: Hummmpppphhh...cantiknya bunga ni!


Chiko: Tapi bunga tu takde bau la Cici...


Cici: Haaa...kalau camtu, yang ni lah! Sedapnya bauuuuu~~~
MamaKuceng: Tu tangan mama la Cimok!!!
Cici: Eh, silap, silap!


Chiko: Hah, pe lagi...jom kita tanam yang baru kat sini. Nanti tumbuh banyak-banyakkkk~ Bau wangiiii~


Cici: Tak bestnya kat situ, meh tanam kat sini lahhh!
Chiko: Hoh? Kat situ?? Tak bestnya pilihan...=.=


Chiko: Tapi, tapi, tapi...betul ke cara tanam macam ni? Leh hidup ke bunga tu nanti?

=.=
11:27 PM | Author: Sunah Sakura

Chiko: Hmmppphhh...


Cici: Nkoo kenapa Chiko? Monyok aje...


Chiko: Macam mana aku tak monyok, ko tengok la muka aku ni...


Cici: OMG!!!!!!!!!!!! Nape muka nkoo jadi gitu Chiko???


Chiko: Aku pun tak tau nape jadi gini... Sedihnya... Nak cantik macam ko...


Cici: Ala.. Jangan sedih-sedih.. Nanti mama buh ubat, mesti jadi cantik cam aku keyhhh!


Ini Chiko, kucing kak Azila yang boss dia bagi. Chiko ni kucing baka campuran. Mak dia kucing Parsi, tapi bapak dia kucing biasa. Dia tak dapat baka mak dia pulak, baka bapak dia lagi dominan. Chiko baru tinggal berapa hari kat rumah ni. Entah nape dengan muka Chiko tu, saya pun tak tahu. Kadang-kadang saya bersihkan dan buh minyak gamat kat muka dia tu. Beberapa jam, ok. Tak lama lepas tu jadi camtu balik. Hurmm... Kena buat secara konsisten sampai betul-betul sembuh mungkin...

Tapi Chiko ni tak buat pencegahan kebuntingan lagi...

Si Belang lak curang pada Cici yang tak mampu melahirkan anak...

Habislah... =.=
12:07 PM | Author: Sunah Sakura

Akhir-akhir ni Cici macam jadi pasif sikit.

Tu pun lepas Tinny da pergi. Dia takmo keluar rumah, takmo jumpa boyfriend dia, si Belang. Asyik nak menggendeng dengan kita kat dalam rumah. Then, bila takmo keluar rumah, mesti la dia membuang dalam rumah. Membuang dekat tempat Tinny buang dulu pulak tu. Pelik sangat dah budak tu. Nape la agaknya...

Rindu kat Tinny ke Cici?


Cici: Heyyyyy, mana ada kite rindu kat Tinny! Takde, takde! Huh! Kite kawan pun tak dengan Tinny tu, ok!

Ye ke? Habis tu video dari CCTV ni tunjuk ape pulak???



Cici: Errr...

=.=
12:42 PM | Author: Sunah Sakura

Alhamdulillah...

Senang hati saya bila mereka berdua telah bertemu. Seronok tengok walaupun hanya dalam gambar. Tammy lebih kecil dari Tinny rupanya. Maksudnya dia mungkin lahir beberapa hari je selepas Tinny lahir. Atau mungkin Tinny ni makan banyak sangat. Atau...mungkin sebab bulu Tinny kembang sangat.

Hahaha~


Moga Tinny dan Tammy berkawan sampai besar, lepas tu lahirkan banyak anak-anak yang comel.

^_^
9:36 AM | Author: Sunah Sakura

Sroot sroot...

Macam sedih aje kan tajuk entri ni. Huhu. Memang sedih pun. Tinny da pun ikut tuan dia yang sebenar-benarnya balik KL. Pagi-pagi tadi kul 4 saya gi hantar Tinny kepada tuan dia. Sedih masa berpisah dengan Tinny. Tapi Tinny tak faham ape-ape pun yang berlaku.


Tinny bawak tikus dia pergi sekali. Tapi saya rasa tak lama tu tikus tu nanti. Dia bakal jumpa kawan baru kat sana, insya'Allah. Tammy dan Tinny, bakal jadi kawan baik kan? :)



Moga tuan baru Tinny jaga Tinny baik-baik macam jaga anak sendiri...

Sayang Tinny...
Category: | Leave a comment
12:27 PM | Author: Sunah Sakura

Tido atas meja study.

Nak, nak dekat dengan kita. Leh gesel-gesel kat muka kita. =.=

Nasib baik bulu kamu lembut Tinny, dan yang penting bau epal.

P/S: COmel macam baby dalam laptop tu kannn~
Category: | Leave a comment
1:56 PM | Author: Sunah Sakura

Dah berapa lama ye Tinny muncul dalam hidup ni? Tak lama sangat pun... Tapi rasa sayang kat Tinny bertambah dari hari ke hari.

Selalunya kalau saya ke lab, pagi-pagi sebelum pergi lab, saya akan keluarkan Tinny dari cage. Bagi dia minum air sekejap dan buang air juga. Saya letakkan bekas air kat luar cage, sebab tak nak cage basah bila air tumpah. Bekas pasir tempat Tinny buang air pun kat sebelah cage dia je. Sempat dia main sekejap berkejar ke sana sini.

Da nak dekat masa gi lab, saya masukkan semula dalam cage. Kat lab, memang kepala duk fikir apa la Tinny tengah buat sekarang ni, berak ke kencing ke tak dia dalam cage tu.

Then petang, balik dari lab, saya terus jenguk cage dia kat dapur. Keluarkan dia dari cage, selalunya dia akan ke bekas air. Haus sebab seharian duk dalam cage. Kalau Tinny kencing or berak dalam cage, terus tukar newspaper yang jadi alas cage dia. Then letak Tinny kat bekas pasir, kot dia nak berak or kencing ke. Bekas pasir tu lak kena tukar setiap hari.

Waktu malam, waktu dia bermain dengan gembira. Terkejar ke sana ke mari. Bila da penat main, dia leh terjelepok tidur kat situ jugak. Alahai comelnya.

Jaga Tinny da macam jaga anak sendiri pulak rasanya. Rasa macam ibu tunggal jaga anak perempuan dia seorang diri. Dan sekarang ibu tunggal tu rindukan ayah Tinny setiap kali tengok wajah tak bersalah Tinny...

Ehhhhhhhhhh???? =.=
Category: | Leave a comment
1:45 PM | Author: Sunah Sakura

First time jumpa kucing macam Tinny ni.

Kalau dia mengantok, dia nak kita tidurkan dia. Selagi mana dia tak tidur dalam ribaan kita, selagi tu la dia mengiau-ngiau, mencapai hidung dengan mata kita. Sampai lah akhirnya dia tertidur.

Bila da tertidur, lena sangat sampai orang alihkan pun tak bangun. Then bila dia rasa tak selesa, dia bangun jugak.


Sambung tidur kat tepi pintu pulak macam Cici. =.=
Category: | Leave a comment
3:04 PM | Author: Sunah Sakura

Penat main sekor-sekor.

Cici bukan nak teman main sekali. Bila da penat main kejar-kejar, lompat sana, lompat sini, tiba-tiba Tinny diam. Rupa-rupanya dia da mula nak mentidurkan diri kat bawah meja... =.=
Category: | Leave a comment
12:09 PM | Author: Sunah Mohammad

Ye ke berbual?

Macam pelik aje cara berbualnya. Hahaha~ Cici dah mula mengendap Tinny semalam. Dia da boleh da masuk rumah. Duk tengok Tinny ke sana ke mari. Sempat jugak saya masukkan dalam cage sekali dengan Tinny untuk beberapa minit. Punye la menderam Cici. =.=

Lepas tu baru la Cici macam berani sikit nak intai Tinny main. Tapi bila da dekat, menderam lagi.

Lama-lama nanti insya'Allah kamceng letteww~~~
4:09 PM | Author: Sunah Mohammad


Perhatikan video yang sekejap cuma kat atas tu sampai habis.

Hahaha~
Category: | Leave a comment
4:04 PM | Author: Sunah Mohammad

Selain daripada makan, makan, makan, tidur, main, kencing, dan buang najis, Tinny jugak bertugas sebagai penjaga bangkul sampah.

Katenyeee...
Category: | Leave a comment
4:02 PM | Author: Sunah Mohammad

Petang semalam, balik dari lab, terkejut tengok Tinny. Ade orang buh air dalam cage dia. Habis tumpah air tu. T_T

Tinny pun bau busuk, bau kencing dia sendiri. Hadoiii...

Maka, saya gi panaskan air. Then campur dengan air paip sikit. Mandikan Tinny. Tu pestime dia mandi sejak lahir ke dunia. Owner dia dulu cakap, dia tak pernah mandi lagi. Masa mandikan Tinny, dia diam aje.

Bagus betul!
Category: | Leave a comment
3:56 PM | Author: Sunah Mohammad

Bawah meja study saya ada satu kotak kecik kaler putih. Selalunya Cici akan tidur dalam tu. Dia tu da la besar, suka lak nak bersempit-sempit dalam kotak tu. Tak paham saya... =.=

Tinny pun macam suka aje duk dalam kotak tu... =.=
Category: | Leave a comment
3:53 PM | Author: Sunah Mohammad

Nampak tak soft toy kat sebelah Tinny tu? Tu la tikus ajaib Tinny. Sebab ape dia ajaib, sebab asalnya kura-kura da kena sumpah jadi tikus. =.=

Tinny suka main tikus ajaib tu, kadang-kadang tinggalkan dia dalam sangkar dengan tikus tu je pun da ok. Dia leh main sendiri. Kalo luar cage pulak, kita main la baling-baling tikus tu, nanti dia kutip bagi kita, kita baling balik jauh-jauh.

Hahaha~
Category: | Leave a comment
3:48 PM | Author: Sunah Mohammad

Gullppp!!!!

Pagi-pagi Tinny da buat benda pelik?

Dok aihhh... Sebenarnya Tinny sedang mempertahankan diri tu. Hahaha~

Sebab sebab sebab...

Saya bawak Cici dekat dengan dia... :p


Bila la diorang dua ekor ni nak start berkawan??? =.=
3:42 PM | Author: Sunah Mohammad

Hari kedua Tinny kat rumah, malam tu gi Giant kejap. Belikan cage untuk Tinny. Risau nanti kalau semua orang keluar rumah, takde sape nak tengokkan dia. Insya'Allah dengan adanya cage ni, harapnya Tinny tak diculik manusia jahat...#eh!
Category: | Leave a comment
3:36 PM | Author: Sunah Mohammad

Pagi-pagi lagi, Tinny da buat muka sedih kat atas meja study saya. Haha~ Bulu-bulu Tinny cantik sangat~ Tapi kejap je tu dia sedih. Sebabnya, lepas tu dia gi main pulak. Tak percaya? Pi tengok video bawah ni...



Tinny da mula jadi kesayangan semua...
Category: | Leave a comment
3:24 PM | Author: Sunah Mohammad
Ini kisah Tinny.

Kucing Parsi yang baru je menghuni rumah sewa ni beberapa hari lepas. Sebetulnya, Tinny ni saya beli dari seorang rakan FB. Cousin saya yang tunjukkan linknya. Dipermudahkan Allah, owner dia orang Batu Pahat pulak. Jadi, lebih senang untuk urusan saya gi amek Tinny tu nanti.


Muka ni la yang memikat hati saya masa belek-belek album 13 ekor anak kucing Parsi yang nak dijual tu. Comel kan? Muka tak bersalah dan kesedihan. Sebab takde sape nak beli dia lagi masa tu kot? Then saya PM owner dia, bincang-bincang sikit urusan pembelian. Beberapa minggu lepas tu, saya gi Batu Pahat pulak. Untuk amek Tinny.


Inilah dia, masa pertama kali kami berdepan betul-betul. Comel kan? Hehehe... Masa ni tinggal 6 ekor je lagi anak kucing yang tuan-tuan baru diorang tak amek lagi termasuklah Tinny. Comel-comel semuanya. Masa saya datang tu, saya tak bawak cage pun untuk Tinny. So, bawak balik rumah macam tu je lah.


Sepanjang perjalanan tu dia banyak diam. Duk atas peha saya, sampai tertidur juga. Then bila terbangun, dia da mula tunjuk belang dah~ Suka bermain, da memang sifat anak kucing kan? Hee... Nanti sambung dalam entri lain lak~
Category: | Leave a comment