Dunia ini persinggahan... Dan segala apa yang ada di dalamnya juga bersifat sementara... Sedangkan yang kekal abadi itu hanyalah Maha Pencipta... Maka, segala apa yang saya kongsikan di sini hanyalah sekadar coretan... Sebagai kenangan masa hadapan buat diri saya sendiri...

Sunah Suka Sakura dot com

1:56 PM | Author: Sunah Sakura

Dah berapa lama ye Tinny muncul dalam hidup ni? Tak lama sangat pun... Tapi rasa sayang kat Tinny bertambah dari hari ke hari.

Selalunya kalau saya ke lab, pagi-pagi sebelum pergi lab, saya akan keluarkan Tinny dari cage. Bagi dia minum air sekejap dan buang air juga. Saya letakkan bekas air kat luar cage, sebab tak nak cage basah bila air tumpah. Bekas pasir tempat Tinny buang air pun kat sebelah cage dia je. Sempat dia main sekejap berkejar ke sana sini.

Da nak dekat masa gi lab, saya masukkan semula dalam cage. Kat lab, memang kepala duk fikir apa la Tinny tengah buat sekarang ni, berak ke kencing ke tak dia dalam cage tu.

Then petang, balik dari lab, saya terus jenguk cage dia kat dapur. Keluarkan dia dari cage, selalunya dia akan ke bekas air. Haus sebab seharian duk dalam cage. Kalau Tinny kencing or berak dalam cage, terus tukar newspaper yang jadi alas cage dia. Then letak Tinny kat bekas pasir, kot dia nak berak or kencing ke. Bekas pasir tu lak kena tukar setiap hari.

Waktu malam, waktu dia bermain dengan gembira. Terkejar ke sana ke mari. Bila da penat main, dia leh terjelepok tidur kat situ jugak. Alahai comelnya.

Jaga Tinny da macam jaga anak sendiri pulak rasanya. Rasa macam ibu tunggal jaga anak perempuan dia seorang diri. Dan sekarang ibu tunggal tu rindukan ayah Tinny setiap kali tengok wajah tak bersalah Tinny...

Ehhhhhhhhhh???? =.=
Category: |
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.