Dunia ini persinggahan... Dan segala apa yang ada di dalamnya juga bersifat sementara... Sedangkan yang kekal abadi itu hanyalah Maha Pencipta... Maka, segala apa yang saya kongsikan di sini hanyalah sekadar coretan... Sebagai kenangan masa hadapan buat diri saya sendiri...

Sunah Suka Sakura dot com

8:43 PM | Author: Sunah Sakura

Ini Mulan, anak kucing baru rumah kami.

Mulan semakin hari semakin nakal. Sangat-sangat hyperaktif. Kadang sampai sangat lelah dan penat mengejar Mulan ke sana-sini. Semakin dikejar, semakin dia melarikan diri. Kalau main dengan Mulan, dia suka nak aim tangan dengan kaki kita. Maka, bersedialah untuk dicakar satu badan. Lengan dan kaki ni pun da penuh berbirat, luka kat sana-sini sebab Mulan yang nakal ni. =.=


Kadang-kadang dia panjat ampaian, main atas ampaian sampai tak reti nak turun balik. =.=


Kadang-kadang dia kacau kita baca buku, datang main masa kita nak siapkan kerja-kerja kat meja study. =.=


Kadang-kadang Mulan main minyak wangi sampai tertidur. =.=

Dia suka menyelongkar barang-barang yang ada kat atas meja study. Terutama meja housemate yang penuh dengan perkakas yang sukar dikenal-pasti. Sampai berterabur semua benda. Nak marah, pukul semua, bukan dia faham. Takde maknanya, tak makan dek pukul lah! =.=

Sekarang ni Mulan da berani keluar rumah. Tapi dia tak gi jauh sangat, setakat kat depan pintu tu je. Nakalnya Mulan berlari & melompat ke sana-sini sampai kadang-kadang, kita rasa nak suruh dia tidur. Bila dia da tidur, rasa aman dunia. Muahaha~ Tapi bila dia tidur, kita rasa rindu pulak nak main dengan dia, kacau dia tidur pulak!!! *balas dendam* Hahaha~

Tapi tapi tapi~~~ Kalau kita kacau dia tidur, habis lah... Dia gigit semua tangan, cakar lengan sampai luka berdarah-darah. Erm... Walaupun da berbirat berparut semua luka ni, tetap gak sayang Mulan~ Heee... :')
Category: | Leave a comment
11:22 PM | Author: Sunah Sakura

Hari tu...

Alhamdulillah... Sempat jenguk Tinny sekejap. Sesuatu yang tak dijangka. Dan tak pernah terfikir akan berlaku sejauh tu. Tapi rancangan Allah kan, siapa tahu. Kita sebagai hamba pun tak tahu apa yang Allah aturkan untuk kita di masa depan kelak.

Masa sampai tu, Tinny tengah tidur. Tammy yang mula-mula menyambut kedatangan saya. Berusaha betul-betul dia memanjat tingkap. Tertanya-tanya juga saya, budak-budak ni memang pandai panjat tingkat ke? Tapi hari tu, diorang da tunjukkan pada saya, memang diorang pandai panjat tingkap. Cuma, gambar Tammy saya tak sempat amek.

Nakal betul Tammy tu, da dapat keluar rumah, berlari ke sana ke mari. Penat jugak mengejar takut terlepas atau terjatuh kat mana-mana. Kadang-kadang dengar bunyi gril pintu rumah orang lain, Tammy jadi takut, terus panjat gril rumah sendiri. Tapi saya amek balik, masukkan ikut tingkap. =.=

Tinny pulak, bila nampak Tammy da panjat tingkap, dia pun nak join jugak. Sambil ngiau-ngiau. Ape lagi, tak sedar badan tu besar dari Tammy, nak jugak loloskan diri ikut tingkap. Akhirnya bertemu jugak kami. Alhamdulillah...


Sempat dia baringkan diri dalam pangkuan sekejap. Rindunya pada dia. Mata dia cantik sangat. Tak sangka mata dia jadi secantik tu. Dulu masa kecik-kecik tak perasan pun warna mata dia unik macam tu. Siyes, Maha Suci Allah yang bagi Tinny mata secantik tu. :')

Yang lagi sekor tu, entah nape saya rasa agak kekok dengan dia. Tizzy. Rasa asing. Entah. Dia bangun jugak, cuma dia tak pandai panjat tingkap. Dia bangun masa da lambat sikit. Nampak dia berjalan terkedek-kedek je, tak berpeluang nak peluk dia. Tak pe lah, asalkan dapat peluk Tinny & Tammy... :)

Lepas ni diorang nak pindah lagi... Moga tuan baru tu jaga diorang elok-elok nanti... Ameen...
Category: | Leave a comment
10:29 PM | Author: Sunah Sakura

Chiko da bunting.
Perut da makin boyot.
Anak sape?
Anak Belang la.


Dalam bunting-bunting tu, Cici duk suh Chiko baca buku Manisnya Kurma Ini.
Konon-konon nak Chiko belajar ilmu rumahtangga. =.=


Tapi Chiko takmo.
Chiko lagi suka orang lain bacakan al-Quran untuk baby dalam perut dia.
Sweetnya Chiko ni. ^_^


Cici macam biasalah, dah penat ajak baca buku, tapi Chiko buat dek aje, dia pun pi tido. =.=