8:33 PM |
Author: Sunah Sakura
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setelah sekian lama tak bersiaran, hari ini, saat ini, keluarga kami dirundung duka.
Cumel, kucing keluarga yang sangat kami sayang telah pun pergi menghadap Illahi pada usia 14 tahun.
Semoga tenang di sana sayang.
Pasti rindu.
10:07 AM |
Author: Sunah Sakura
Erm, da agak lama jugak blog ni bersawang. Balik cuti kali ni, dapat lagi banyak ahli keluarga baru. Cumel menjadi antara yang paling gembira dengan kehadiran ahli-ahli keluarga yang baru ni. Hehehe.
Adik yang sekarang ni da masuk matrix bawak balik kucing ke rumah pada satu hari dari tempat kerja sementara. Kucing tu kucing remaja bak kata Kak Elisa. =D
Nama yang diberi ialah Mitchi. Mitchi masih baru dalam keluarga kami, jadi kegarangan dia belum berkurangan bila jumpa kucing-kucing yang lain. Dia jugak la yang jadi mangsa buli oleh kucing-kucing lain, terutama si Batman. Entah kenapa Batman suka sangat kacau Mitchi. Batman suka tengok Mitchi terkejut sampai terlompat kot. XD
Meh tengok gambar-gambar terbaru~

Ini Cumel sekarang...garang seperti dulu.

Gigi semakin tajam, pernah terperosok ke dalam pipi ni. Adoi...

Inilah Mitchi =)

Batman pun ada, anak Mio sebenarnya..ada lagi 2 ekor yang lain.

Batman bakal melakukan serangan hendap. =p
Seronoknya ada begitu banyak kucing yang comel-comel kat rumah. =)
11:34 AM |
Author: Sunah Sakura
Salam Aidilfitri. Nampaknya, Syawal kali ini, Cumel ditemani sahabat-sahabat baru..=)
Dedek @ Yong Yong yang bermata hijau
Mio @ Isteri Cumel yang bermata biru
3:30 PM |
Author: Sunah Sakura
Salam. Entah kenapa akhir-akhir ini Cumel tidur dan berbaring dalam posisi yang sangat pelik. Hurm3...

175 degree...

err...

Ape-ape pun, Cumel tetap comel! Hehe
9:29 AM |
Author: Sunah Sakura


Cumel tidur di atas belakangnya (eh, betul ke ayat ni?)
9:22 AM |
Author: Sunah Sakura

Cumel tengah tidur di atas kerusi semasa saya mengambil gambar ini.
5:38 PM |
Author: Sunah Sakura

Cumel bermain dengan kain penutup meja di ruang tamu semasa Hari Raya tahun 2007 (Icah cakap)

Cantik juga renda ni

Eh, aku dirakam!

Ape tengok-tengok ni?

Cumel yang comel!!!
1:24 PM |
Author: Sunah Sakura

Sebenarnya, gambar inilah yang digunakan sebagai header di blog Cumel ini.

Cumel sangat suka buah ni...(saya terlupa nama buah ni, mak tengah tidur, tak sampai hati nak kejut semata-mata nak tanya pasal buah ni. Hehe.

Ermh, sedapnya tidur.

Aksi Cumel yang comel!!!
1:16 PM |
Author: Sunah Sakura

Cumel yang marah sebab Icah buat gaya raksasa. Heheh.

Masih merenung tajam ke arah Icah. Huhu.

"Sudah lah kau," mungkin itulah yang Cumel katakan dalam hatinya.
12:47 PM |
Author: Sunah Sakura

Ini kucing kesayangan keluarga saya. Namanya Cumel. Comel kan? Cumel kucing rumah yang agak....er..garang. Hehe. Kenapa saya mengatakan Cumel garang? Tunggu dan lihat (er, baca sekali) post yang akan datang. :)