Dunia ini persinggahan... Dan segala apa yang ada di dalamnya juga bersifat sementara... Sedangkan yang kekal abadi itu hanyalah Maha Pencipta... Maka, segala apa yang saya kongsikan di sini hanyalah sekadar coretan... Sebagai kenangan masa hadapan buat diri saya sendiri...

Sunah Suka Sakura dot com

3:24 PM | Author: Sunah Mohammad
Ini kisah Tinny.

Kucing Parsi yang baru je menghuni rumah sewa ni beberapa hari lepas. Sebetulnya, Tinny ni saya beli dari seorang rakan FB. Cousin saya yang tunjukkan linknya. Dipermudahkan Allah, owner dia orang Batu Pahat pulak. Jadi, lebih senang untuk urusan saya gi amek Tinny tu nanti.


Muka ni la yang memikat hati saya masa belek-belek album 13 ekor anak kucing Parsi yang nak dijual tu. Comel kan? Muka tak bersalah dan kesedihan. Sebab takde sape nak beli dia lagi masa tu kot? Then saya PM owner dia, bincang-bincang sikit urusan pembelian. Beberapa minggu lepas tu, saya gi Batu Pahat pulak. Untuk amek Tinny.


Inilah dia, masa pertama kali kami berdepan betul-betul. Comel kan? Hehehe... Masa ni tinggal 6 ekor je lagi anak kucing yang tuan-tuan baru diorang tak amek lagi termasuklah Tinny. Comel-comel semuanya. Masa saya datang tu, saya tak bawak cage pun untuk Tinny. So, bawak balik rumah macam tu je lah.


Sepanjang perjalanan tu dia banyak diam. Duk atas peha saya, sampai tertidur juga. Then bila terbangun, dia da mula tunjuk belang dah~ Suka bermain, da memang sifat anak kucing kan? Hee... Nanti sambung dalam entri lain lak~
Category: |
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.