Dunia ini persinggahan... Dan segala apa yang ada di dalamnya juga bersifat sementara... Sedangkan yang kekal abadi itu hanyalah Maha Pencipta... Maka, segala apa yang saya kongsikan di sini hanyalah sekadar coretan... Sebagai kenangan masa hadapan buat diri saya sendiri...

Sunah Suka Sakura dot com

12:00 PM | Author: Sunah Sakura
BUKTI...semua mangsa penipuan wanita ‘misteri’ dan Chong (tengah) menunjukkan laporan polis.

KUALA LUMPUR: Seramai 11 individu terpaksa berputih mata apabila kerugian lebih RM15,000 akibat diperdaya seorang wanita ‘misteri’ yang menyamar kononnya membekal dan menjual barangan kosmetik berjenama dengan harga murah di Internet.

Difahamkan, wanita berusia 20-an itu mensasarkan remaja terutama di sekitar Lembah Klang sebagai mangsa kerana menganggap golongan berkenaan amat mengutamakan kecantikan wajah dan tubuh.

Wanita berkenaan dipercayai memburu mangsa melalui sebuah laman web berbentuk forum yang turut membincangkan isu kecantikan dan kesihatan termasuk menjual produk kosmetik berjenama.

Sejurus mangsa dikenal pasti, wanita yang menggunakan nama samaran ‘Kucing Comel’ itu menawarkan beberapa jenis barangan kosmetik dengan harga agak murah berbanding harga sebenar di pasaran.

Mangsa yang bersetuju kemudian diminta memasukkan wang dalam akaun bank diberi wanita berkenaan dan perlu menunggu antara dua hingga tiga minggu untuk proses penghantaran produk dipesan.

Bagaimanapun, sejurus memperoleh wang mangsa, wanita penipu terbabit terus menghilangkan diri dan gagal dikesan.

Perbuatan itu didedahkan 11 mangsa Kucing Comel ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.

Seorang daripada mereka, Cheong Wai Loon, 29, berkata dia mengenali wanita itu ketika menyertai forum berkenaan di laman web www.jbtalks.cc (JB forum) pada 4 Mei lalu.

“Pada waktu itu, saya bersetuju membeli barangan kosmetik ditawarkan Kucing Comel kerana mahu menghadiahkan kepada kekasih saya selain tertarik dengan harganya yang agak murah.

“Wanita itu meminta saya memasukkan wang RM2,600 ke akaun bank diberi dan memberitahu barangan terbabit akan diperoleh dalam masa dua atau tiga minggu,” katanya.

Menurut Cheong yang juga jurujual, selepas puas menunggu, barangan yang dijanjikan tidak sampai ke rumahnya lalu segera membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya akan mengumpul semua laporan polis dibuat mangsa dan menyerahkannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Tuan Cumel: Artikel ini tiada kaitan dengan Cumel. Hehe
Category: |
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: