1:36 PM |
Author: Sunah Sakura
Ingat tak gambar ni pernah dimasukkan kat blog ni dulu?
Masa tu Mulan kecik lagi, dan tu hari-hari terawal Mulan duduk kat rumah ni.
Nakal kemain panjat ampaian, sampai tak nak turun.
Kita yang kena turunkan dia.
Tapi tak sampai situ ajeee!
Jangan ingat masa kecik aje Mulan suka main kat ampaian...
Da besar ni haaaaaaaaa....
Kita boleh bagi upah dia jaga ampaian kat rumah.
Kalo hujan, kang dia tolong angkat kain!
=.="
12:02 AM |
Author: Sunah Sakura
Budak kecik yang dulu tu, da besar sikit sekarang ni. Mulan da macam matang sikit kunun. Da tak gigit-gigit orang macam dulu da. Yang paling best, bila saya panggil je, mesti dia menyahut. Comel sangatttt!
Ekor dia da makin kembang, baru-baru ni cek google jugak nak tahu spesies budak ni. Saya rasa...saya rasa lah kan, Mulan ni spesies cross breed Maine Coon. Mungkin ayah Mulan Maine Coon, sebab mak dia kucing biasa je. Tapi tak bawak jumpa vet pun lagi Mulan ni sejak dulu. Entah bila nak bawak tak tau lah.
Sejak Cici takde, Mulan da takde kawan main. Tapi ade jiran sebelah yang baru pindah, ada kucing gak. So, tu la teman Mulan sekarang ni. Cumanyaaaaaaaa saya tak berapa suka sebab kucing jantan tu macam nak ngorat Mulan lak.
Mulan kan kecik lagi!!!
8:43 PM |
Author: Sunah Sakura
Ini Mulan, anak kucing baru rumah kami.
Mulan semakin hari semakin nakal. Sangat-sangat hyperaktif. Kadang sampai sangat lelah dan penat mengejar Mulan ke sana-sini. Semakin dikejar, semakin dia melarikan diri. Kalau main dengan Mulan, dia suka nak aim tangan dengan kaki kita. Maka, bersedialah untuk dicakar satu badan. Lengan dan kaki ni pun da penuh berbirat, luka kat sana-sini sebab Mulan yang nakal ni. =.=
Kadang-kadang dia panjat ampaian, main atas ampaian sampai tak reti nak turun balik. =.=
Kadang-kadang dia kacau kita baca buku, datang main masa kita nak siapkan kerja-kerja kat meja study. =.=
Kadang-kadang Mulan main minyak wangi sampai tertidur. =.=
Dia suka menyelongkar barang-barang yang ada kat atas meja study. Terutama meja housemate yang penuh dengan perkakas yang sukar dikenal-pasti. Sampai berterabur semua benda. Nak marah, pukul semua, bukan dia faham. Takde maknanya, tak makan dek pukul lah! =.=
Sekarang ni Mulan da berani keluar rumah. Tapi dia tak gi jauh sangat, setakat kat depan pintu tu je. Nakalnya Mulan berlari & melompat ke sana-sini sampai kadang-kadang, kita rasa nak suruh dia tidur. Bila dia da tidur, rasa aman dunia. Muahaha~ Tapi bila dia tidur, kita rasa rindu pulak nak main dengan dia, kacau dia tidur pulak!!! *balas dendam* Hahaha~
Tapi tapi tapi~~~ Kalau kita kacau dia tidur, habis lah... Dia gigit semua tangan, cakar lengan sampai luka berdarah-darah. Erm... Walaupun da berbirat berparut semua luka ni, tetap gak sayang Mulan~ Heee... :')